Friday, 28 June 2013

CARA MENINGKATKAN KEMAMPUAN BELAJAR



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualikum..

rasanya dah dekat dua bulan dah Aiena tak update blog. biasalah Aiena kan SPM candidate for this year smpai busy sangat. x da masa nak update blog ni. 

but today Aiena nak update sikit tentang CARA MENINGKATKAN KEMAMPUAN BELAJAR
memandangkan Aiena salah seorang SPM candidate. sharing is caring right. that's why Aiena tak nak kedekut. kalau boleh Aiena nak sangat kongsi ilmu yang Aiena tahu. Aiena tengah cuba sedaya upaya Aiena okey.... 


ni pun Aiena copy paste dari uncle Aiena.

semoga dapat manfaat bersama-sama




"Kita sering mendengar keluhan pelajar-pelajar, ada yang mengatakan mereka tidak mampu mengigat fakta, ada yang sering gagal dalam peperiksaan, dan ramai juga yang menghadapi masalah disiplin. Di sekolah pula banyak pendekatan yang buat seperti program motivasi, teknik menjawab soalan dam sebagainya...

Persoalannya adakah ini dapat menyelesaikan masalah dalam rangka meningkatkan kemampuan dan kebolehan pelajar? 

jika kita amati, dan selidiki pada awal kelahiran seorang bayi... apalah kemampuan seorang bayi itu....melihat, mendengar, bertutur, berfikir pun tidak mampu. Sekalipun mengurus dirinya..... darimanakah kemampuan itu datang dan adakah ia terjadi dengan sendirinya atau ada yang mengaturnya...

jika kita amati pula jenazah yang terbujur kaku, apalah kemampuannya...mampukah dia melihat,mendengar,bertutur atau berfikir?....kemana semua kemampuan yang pernah di miliki oleh nya sebelum ini?...

seakan-akan ada persamaan diantara kedua-duanya. Iaitu kemampuan dan kebolehan yang di miliki adalah bukan milik manusia tetapi milik mutlak allah dan kita sebagai hamba hanya di pinjamkan sementara.

Jadi jika kita melihat permasalah pelajar tiada jalan lain dalam mengatasi masalah ini melainkan kembali ke jalan allah.

Menurut Ibn al-Qayyim: 

"Tiada harapan lagi untuk diubati penyakit-penyakit itu kecuali hanya rahmat Allah SWT ke atas mereka sahaja." 

Dengan menganjurkan pelajar-pelajar kembali mendekati dan menyahut seruan ilahi maka ia akan menjuruskan dan memusatkan semua kekuatannya kepada jalan kejayaan. Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan dua perkara dalam rangka berubudiah kepada allah iaitu melaksanakan apa yang di perintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Dalam melihat permasalah pelajar ini, dan dalam meningkatkan kemampuan dan keupayaan pelajar kita kena mengajak mereka meninggalkan perkara yang dilarang. Punca permasalahan pelajar dalah kerana mereka terlalu seronok dalam melakukan kemungkaran. Kemungkaran-kemungkaran yang mereka lakukan itu mengundang dosa-dosa yang mengelapkan hati dan akhirnya menutupi jalan-jalan kejayaan. 

Abdullah bin Mubarak berkata: 

"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Men¬inggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa." 

Kesannya mereka tidaak nampak jalan kejayaan dan bagi pelajar dosa dan pahala tiada bezannya. Keadaan ini menyebabkan pelajar menjadi bingung apabila di tangkap atau dimarahi guru dan akhirnya mengaggu perasaan dan mengundang keresahan dan tekanan jiwa.

Thabit bin Qurrah berkata:

"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik." 

Dengan pelajar pelajar melaksanakan perintah allah maka pintu rahmat akan terbuka..jalan-jalan kejayaan akan terbentang luas....bagi pelajar-pelajar yang menjaga solatnya sudah tentu di sering memohan kepada allah untuk di tunjukkan jalan yang lurus seperti yang terdapat dalam surah alfatihah. Pelajar yang kembali kejalan allah akan sering berzikir dan beristigfar bukankah dengan beristigfar dan berberzikir akan menenangkan hati.

Yaitu orang-orang yang beriman maka hati mereka menjadi tenteram dengan

mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi

tenteram..(QS. Ar Radu : 28)

Firman Allah s.w.t 

Terjemahannya:-

“ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung “ (Surah Ali ‘Imran: 104)

Wallahu a’lam"

No comments:

Post a Comment